Tuesday, August 16, 2011

CARA MENJAGA KESIHATAN GIGI

Telitikan gambar di bawah dan kemudian tulis pendapat anda tentang cara-cara menjaga kesihatan gigi. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. (Buku Teks Ting 1, hal.25)


Menjaga kesihatan gigi
1. Makan makanan berkhasiat
2. Mengurangkan pengambilan makanan bergula
3. Menggosok gigi
4. Menjalani pemeriksaan gigi



Cadangan jawapan:


Penjagaan gigi merupakan aspek yang sering diabaikan oleh masyarakat. Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan kerosakan gigi.


Antaranya adalah dengan makan makanan berkhasiat yang kaya dengan kalsium dan vitamin D. Amalan minum susu misalnya boleh membantu menguatkan struktur gigi.


Bahkan, tabiat pengambilan makanan bergula perlulah dikurangkan. Oleh itu, makanan seperti coklat, gula-gula dan donut perlulah dikurangkan kerana boleh merosakkan gigi.

Kita juga perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, iaitu selepas bangkit daripada tidur dan sebelum tidur. Amalan bersugi dapat menyahkan sisa makanan dari celah gigi.


Malahan, kita perlu menjalani pemeriksaan gigi, sekurang-kurangnya dua kali setahun. Dengan cara ini, kita boleh mengetahui keadaan gigi sama ada sihat atau hampir rosak.


Sesungguhnya, penjagaan gigi perlu dititikberatkan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Dalam Islam, menjaga kebersihan itu separuh daripada iman.


(126 patah perkataan)

33 comments:

  1. pasti bm dapat A kalau karanganya begini.fabolus

    ReplyDelete
  2. the think that i need for my essay is here(::)

    ReplyDelete
  3. finally i gt what i wanted...thank you :)

    ReplyDelete
  4. Pn Zah : Terima kasih. Ia membantu anak saya membuat kerja rumahnya.

    ReplyDelete
  5. tq...... sbb ade karangan niii.karangan lain mcm bodoh.....bye

    ReplyDelete
  6. Thank you so much. Finally jumpa juga apa yang dicari. Cari dekat tempat lain memang takkan jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah...aqu cuma perlu tukaq sikit² sbb kertas yg ckg bgi ngan yg ni xlah sama...cuma perlu yukaq sikut πŸ˜‚πŸ‘πŸ»πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  7. OMG very gud :l:::::::::)

    ReplyDelete
  8. thank you now i have finish my homework..........omg......this is a great essay........ :)

    ReplyDelete
  9. Ribuan terima kasih...atas karangan anda yang begitu kaya dengan ilmu pengetahuan yang begitu bagus....:)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih banyak2..mungkin dengan bantuan contoh karangan anda, saya akan dapat A nnti peperiksaan ni...sekali lagi terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  11. Thanks, kamsahamnida.. Mmg sgt membantu sye.. ^^

    ReplyDelete
  12. Karangan yg terbaik

    ReplyDelete
  13. jdi yang separuh lagi iman tu apa ?

    ReplyDelete
  14. Thank you so much!
    It helps for my upsr

    ReplyDelete
  15. tanks ya..sy copy utk karangan anak sy..
    terbaikkkk...

    ReplyDelete