Thursday, September 29, 2011

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

.....Pelajar cemerlang merupakan gelaran idaman setiap pelajar. Persoalannya, apakah ciri-ciri pelajar cemerlang?

.....Pelajar cemerlang biasanya dilihat dari segi pencapaian akademik. Biasanya, mereka mendapat keputusan yang baik dalam ujian dan mempunyai kecerdasan yang tinggi.

.....Selain itu, pelajar cemerlang memiliki sahsiah terpuji. Mereka unggul dalam tingkah laku dengan mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan sehingga layak diberi anugerah Sahsiah Terpuji.

...Bahkan, mereka juga memiliki daya kepimpinan yang tinggi. Realitinya, mereka akan menerajui pucuk kepimpinan kokurikulum seperti badan beruniform dan berani bertutur di khalayak, misalnya berpidato.

.....Akhir sekali, pelajar cemerlang juga diukur dari segi kecergasan di padang. Mereka selalu menjuarai pertandingan sukan dan memiliki stamina yang baik.

.....Kesimpulannya, pelajar cemerlang perlu mempunyai kecemerlangan secara holistik. Namun, tidak guna bijaksana dalam pelajaran, namun dungu dalam tindakan.

(121 patah perkataan)

9 comments:

  1. it's good...
    erm.. sye de mslh nak ckap ni.. markah bhasa inggeris sye lbih tggi dri markah bm sye yang hanya nyawa2 ikan lulus nya.. iaitu 43%. sye ssah hti sbb thun dpan sye nak dduki ujian spm.. ade tips tak mcm mne nk tgktkan ag markah dan menambahkn minat untuk mempelajari bm?

    ReplyDelete
  2. aden pun sama...memang aden payah gile nak lepas bm...yg baik pun 65 % je..yg BI pulak..aden terer pulak....macam mana nie...aden melayu tapi aden x lepas nak dapat A dalam BM...tolong aden ..... T_T

    ReplyDelete
  3. doh aku koho teruk, batch 99 kne tangguh dgn pbsmr. susoh nok mapuh kot, dok aci dok aci! T-T

    ReplyDelete
  4. Nk ciri sahsiah pelajar cemerlang

    ReplyDelete
  5. Nk ciri sahsiah pelajar cemerlang

    ReplyDelete