Friday, September 16, 2011

KEPENTINGAN HUTAN KEPADA KEHIDUPAN

Hutan semakin banyak ditebang kerana tuntutan pembangunan. Oleh itu, kerajaan telah bersungguh-sungguh memuliharanya daripada terus diceroboh.


Huraikan kepentingan memelihara hutan kepada kehidupan.




.....Hutan merupakan anugerah semula jadi yang tidak ternilai. Mayapada, hutan sering kali digondolkan kerana pembangunan yang kian rancak. Keadaan ini membawa 1001 masalah seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pemanasan global. Sesungguhnya, hutan menawarkan berbagai-bagai manfaat kepada kehidupan di muka bumi. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan hutan kepada manusia?



......Antara kepentingan perdana adalah untuk mengawal suhu bumi. Pokok mengeluarkan oksigen dan menyedut karbon dioksida. Apabila pokok banyak ditebang, maka keseimbangan antara kedua-dua gas itu telah tergugat. Maka tidak menghairankan apabila suhu bumi pada masa ini semakin meningkat. Jika hutan tidak dijaga, tidak mustahil suhu bumi boleh mencecah sehingga 40 darjah celcius.



.....Selain itu, hutan juga menjadi habitat flora dan fauna. Kepelbagaian spesis flora dan fauna di dalam hutan menjadikan ekosistem lebih terkawal. Di dalam hutan terdapat pelbagai jenis unggas, serangga, haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan. Misalnya, Hutan Simpan Belum, Perak merupakan satu-satu hutam simpan di Semenanjung Malaysia yang mempunyai bunga pakma atau rafflesia. Pengekalan spesis ini membolehkan pengkaji dan pencinta alam sekitar memesrai hutan dan segala hidupan di situ.



.....Di samping itu, hutan juga membekalkan sumber kayu balak. Di dalam hutan, terdapat pelbagai jenis kayu yang berguna, misalnya kayu jati, cengal, jelutung dan sebagainya. Kesemua kayu ini mengembangkan industri pemprosesan kayu untuk dibuat perabot dan kertas. Hutan paya bakau pula memberikan sumbangan terhadap penghasilan kayu arang dan cerucuk bagi tujuan pembinaan.



.....Bukan itu sahaja, hutan mampu mencegah kejadian tanah runtuh. Dengan adanya hutan, cerun dan lereng-lereng bukit tidak terdedah dengan risiko tanah runtuh. Hal ini demikian kerana akar pokok berperanan mencengkam tanah dan menguatkan struktur ikatan tanah. Misalnya, kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa suatu ketika dahulu sebenarnya disebabkan oleh hutan yang ditebang secara berleluasa.



.....Bahkan, hutan mampu menyediakan sumber perubatan. Pernahkah anda mendengar tongkat ali dan kacip fatimah? Dua tumbuhan herba itu antara beribu-ribu jenis tumbuhan yang dapat merawat penyakit melalui perubatan tradisional. Disebabkan khasiatnya yang tinggi, pokok ini mendapat permintaan yang menggalakkan. Umpamanya, orang Asli di Pahang menjadikan kerja mencari tumbuhan itu sebagai pekerjaan utama, seterusnya memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka. Tambahan pula, pokok ini dijamin selamat digunakan kerana tiada bahan kimia yang berbahaya.



.....Malahan, hutan amat berpotensi menjadi kawasan pelancongan eko. Dalam hutan, lazimnya terdapat air sungai yang mengalir jernih dan air terjun yang menderu. Keindahan ini menjadi daya tarikan yang mampu memancing hati pengunjung untuk bertandang ke sini. Misalnya, Taman Negara Pahang amat sesuai bagi pelancong asing mahupun domestik untuk melapangkan fikiran dan menjelajah setiap ceruk hutannya. Kata orang, ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’.




.....Sesungguhnya, hutan amat bernilai kepada kehidupan di muka bumi. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak proaktif dengan mewartakan lebih banyak lagi hutan sebagai hutan simpan bagi mengelakkan diceroboh. Pendidikan kesedaran dan kempen ‘Cintai Hutan’ perlu dipergiat sejak di bangku sekolah kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ingatlah, kita hanya pemegang amanah dan alam ini merupakan pinjaman daripada generasi akan datang.

31 comments:

  1. Pro man... Pro... You play League Of Legends?

    ReplyDelete
  2. karangan ini baik, ia memberi idea saya untuk membuat kerja rumah yang diberi oleh cikgu saya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih amat membantu adik saya mengulangkaji pelajara

    ReplyDelete
  4. inspired me alot! Arigato!

    ReplyDelete
  5. thanks a lot
    banyak membantu :)

    ReplyDelete
  6. bagus karangan ni saya suka

    ReplyDelete
  7. banyak membantu,karangan tersusundan mudah difahami

    ReplyDelete
  8. THANK YOU VERY MUCH

    ReplyDelete
  9. terime kasih cikgu roslan :) siap homework yang cikgu bagi. banyak idea dapat. hehe :)

    ReplyDelete
  10. saya ialah bekas pelajar smk taman keramat ..saya amat berbangga denga karangan encik roslan ..karangan encik byk membantu saya :) teriam kasih banyak banyak :)

    ReplyDelete
  11. good job....i like it..

    ReplyDelete
  12. Apalah karangan ni, ada lagi krg yg bagus drpd ni

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. terima kasih web ini berguna untuk saya buat keje skolah last minit

    ReplyDelete