Monday, October 25, 2010

KESALAHAN HUKUM ANEKSI PERSONA

Hukum Aneksi Persona? Mungkin itulah yang akan kita ungkapkan apabila membaca tajuk ini. Hukum ini merupakan salah satu hukum yang termaktub dalam tatabahasa. Disebabkan hukum ini tidaklah sepopular Hukum D-M, maka kesalahannya jarang dapat kita kesan.
Hukum Aneksi Persona menyatakan: Apabila terdapat kata kerja transitif dalam sesuatu ayat, maka perlu diikuti oleh objek secara berentetan, tanpa disisipkan dengan sebarang unsur lain seperti kata hubung.
Lihat ayat ini:
a. *Ali memberikan kepada Ahmad bungkusan hadiah itu.
b. *Adik menendang dengan kuat bola itu.
c. *Rencana ini menerangkan tentang langkah yang perlu diambil bagi mencegah wabak denggi.
d. *Beliau berpendapat bahawa perlembagaan itu perlulah dimansuhkan.
e. *Pak Mat tidur beralaskan dengan tikar mengkuang.
Semua perkataan yang dicondongkan ialah kata kerja transitif, iaitu kata yang perlu diikuti oleh objek.
Sebenarnya, mengikut Hukum Aneksi Persona, segala unsur lain, selain objek tidak boleh diletakkan. Oleh itu ayat yang betul ialah:
a. Ali memberikan Ahmad bungkusan hadiah itu.
b. Adik menendang bola itu dengan kuat.
c. Rencana ini menerangkan langkah yang perlu diambil bagi mencegah wabak denggi.
d. Beliau berpendapat perlembagaan itu perlulah dimansuhkan.
e. Pak Mat tidur beralaskan tikar mengkuang.

4 comments:

  1. Assalamualaikum tuan. Cuba buat semakan tentang ayat (a) ... memberikan Ahmad... dan ayat (d) ... berpendapat perlembagaan... Apakah ayat yang tuan contohkan tersebut betul?

    ReplyDelete
  2. Perkara yang diperkatakan ini bukan hukum aneksi persona. Perkara yang diperkatakan adalah tentang binaan/frasa terikat. Tak tahu, tak kenal, diam.

    ReplyDelete
  3. Perkara yang diperkatakan ini bukan hukum aneksi persona. Perkara yang diperkatakan adalah tentang binaan/frasa terikat. Tak tahu, tak kenal, diam.

    ReplyDelete