Sunday, July 3, 2011

KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA NEGARA

Berdasarkan rajah di bawah, berikan pendapat anda tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara. Panjangnya karangan anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.


KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN


1. Memastikan bekalan makanan mencukupi

2. Menyediakan peluang pekerjaan

3. Menjana pendapatan negara dan masyarakat


...........Sektor pertanian pernah menjana pendapatan penting kepada negara sebelum kebangkitan era kegemilangan perindustrian yang dibawa oleh arus pemerintahan Tun Dr Mahadhir Mohamed melalui Dasar Perindustrian. Sebelum tampuk pemerintahan bertukar tangan, Malaysia mengerjakan pelbagai tanaman komersial seperti padi sawah, kelapa sawit, lada hitam dan nanas. Walaupun begitu, kepentingannya tidaklah diabaikan sepenuhnya kerana beliau telah melancarkan Dasar Pertanian Negara yang sebenarnya menjadi garis panduan kepada pembangunan sektor ini. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pertanian kepada negara sehingga mendesak kerajaan memajukannya?


...........Kepentingan perdana sektor ini adalah untuk menjadi sekuriti bekalan makanan yang cukup kepada masyarakat. Malaysia antara negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji. Oleh hal yang demikian, kerajaan berusaha menghasilkan padi dua kali setahun untuk menampung permintaan masyarakat, selain berusaha mengurangkan import beras dari Thailand. Realitinya, kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan kepada negara luar, memandangkan padi sawah boleh ditanam di negara ini. Maka, tidak menghairankan apabila kerajaan telah berusaha bagai air mencari jenisnya supaya padi dapat ditanam lima kali setahun sejak tahun ini. Tambahan pula, kadar pertumbuhan penduduk negara kita yang semakin pesat mendesak sektor ini tidak boleh dipandang enteng.


...........Selain itu, sektor ini mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup besar kepada rakyat di negara kita. Sejak zaman nenek moyang kita, pertanian merupakan pekerjaan warisan yang menjana ekonomi keluarga, khususnya. Di negara membangun seperti Malaysia, sektor pertanian menyumbang 50 peratus peluang pekerjaan. Perlu diingat bahawa definisi pekerjaan dalam sektor pertanian bukan sahaja bekerja di ladang, malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran. Realitinya, masyarakat desa sememangnya bergantung harap kepada sektor ini memandangkan mereka mempunyai tanah yang luas untuk dikerjakan dan tenaga buruh yang mudah didapati. Lagi pula, pekerjaan ini tidak memerlukan kelulusan yang tinggi berbanding kerja profesional dan separuh profesional. Tegasnya, sektor ini boleh diibaratkan bulan jatuh ke riba kepada golongan kurang terpelajar untuk tidak bergelar penganggur.


...........Bukan itu sahaja, yang lebih penting lagi ialah sektor ini mampu menjana pendapatan yang besar kepada negara dan petani. Seperti yang kita sedia maklum, iklim dan tanih yang sesuai mampu memberikan pulangan yang lumayan. Hasil tani yang dituai oleh petani kecil-kecilan dapatlah dijual kepada pemborong dengan harga yang berpatutan untuk dijadikan penyambung rezeki. Bagi tanaman komersial pula, negara akan menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengeskportan tanaman seperti kelapa sawit dan lada hitam. Secara tidak langsung, pengaliran wang ke luar negara dapat dikurangkan, di samping menimbangi imbangan pembayaran negara melalui hasil eskport yang semakin bertambah. Ringkasnya, dengan adanya sinergi yang hebat, industri ini mampu menjadi penyumbang terbesar seperti suatu ketika dahulu.


...........Konklusinya, sektor pertanian perlulah digerakkan kembali dengan menaruh beberapa strategi yang mampan supaya segala kemaslahatannya dapat dinikmati masyarakat Malaysia keseluruhannya. Saya begitu optimistik dengan segala kelebihan yang kita ada, industri pertanian pasti mampu memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan negara. Realitinya, dijangkan pada tahun 2050 sekiranya telaga minyak yang baharu tidak dijumpai, maka hasil petroleum akan kehabisan seterusnya menganggu pengeluaran dalam sektor perindustrian. Akhir kata, slogan ‘Pertanian Satu Perniagaan’ perlulah diselami maknanya dengan lebih mendalam.

50 comments:

  1. ejaan nama Tun salah

    ReplyDelete
  2. terimakasih cikgu terbaik la cikgu...

    ReplyDelete
  3. minta maaf yang kat atas ni main2 sahaje, kak fatin liyana sangat comel =D

    ReplyDelete
  4. Hoho ~ :3 senang sye nak siapkan homeworkk ^^
    Dapat jgakk idea , Terima Kasih Cikguu
    Sye PMR 2013 . Last Pmr (: ONce again.. TErima kasih cikgguuu ^^

    ReplyDelete
  5. not bad lah this blog .........................

    ReplyDelete
  6. karangan yang baik. Cuma ejaan nama tun mahathir itu perlu diperbetulkan

    ReplyDelete
  7. yeah homework dah siAp terbaik marvellous tq

    ReplyDelete
  8. karangan yang baik... tetapi ejaan dato'seri mahathir sahaja perlu diperbetulkan...;)

    ReplyDelete
  9. buleh guna untuk kerja khusus kan ? just nak tny

    ReplyDelete
  10. best...memberi idea untuk menjawab solan final exam :-) tanx

    ReplyDelete
  11. senang lar saya buet keja rumah....senang....senang.........

    ReplyDelete
  12. blog ini juga dapat membantu saya membuat pelaksanaan tugasan geografi.THANK YOU VERY MUCH...cikgu boleh tulis banyak lagi mengenai isu-isu semasa dalam bentuk karangan untuk menarik perhatian pelajar mencari maklumat di blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haheleh ko ni bnyak ckp lh pi sane main jauh2 jgn nk buat harook kt blog ni...hehehe # kamixramai

      Delete
  13. thanx cikgu kerana memberi saya idea

    ReplyDelete
  14. cikgu? iklim dan tanih ke iklim dan tanah

    ReplyDelete
  15. LMAO SANGAT PELIK LA KARANGAN NI....?

    ReplyDelete
  16. Point untuk ujian lisan bertajuk pertanian

    ReplyDelete
  17. The essay sangat membantu ...thanks to you..my homework settle smoothly by using your short and simple essay...thanks again��

    ReplyDelete
  18. Soalan ni lah yang masuk ujian... Dahlah 8 markah perlu bagi 8 isi tapi ni cuma 3 jerr... Susah nya hidup sekarang

    ReplyDelete
  19. Contact me 0198197550 for more improvements

    ReplyDelete